SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh  disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup  dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik  Terakhir". 
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara  Pudu ditutup.  Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik  kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani  hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..  
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis,  menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana  menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana  dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang  telah diketahui mereka.  
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses  pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2  sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari  Bilik Terakhir tesebut.  Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam  sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak  pula kelihatan kambing keluar semula.  
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut  mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik  Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung  tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.  
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai  seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan  "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang  pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari  berhampiran bilik tersebut.  
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang  ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam  sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia  berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh  kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.  
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi  pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan  namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu  sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.  
Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila  didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi  tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang  mengerikan seraya berkata,  
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. 
Hartaaaa itu bukan  kauuu yang punyaaaa "  
"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang  punyaaaaaa ... "  
Tahniah kerana minat membaca.