Kisah Seekor Biawak

Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu. Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni. Ketika saya menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin nak join makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik bangkai tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan badan dan awet muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang. Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya makan bangkai.

Sekian, Terima Kasih


Kenang Daku Dalam Doamu,

BIAWAK bin MENGKARUNG PAKISTAN

Tandas...

Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa..
terpandang akan dia signboard disitu..
"Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."
"Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar. Penjaganya
bukan tahu pun" kata pemuda
dalam hati..
Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet. "Akak.. saya
buang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.
"Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.
"Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20 sen"
"Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang air
kecil..
tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"
"Jadi?" tanya pemuda
"Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..

Kahwin Lain

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Gila Punya Orang

Al-kisah..... adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang.kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni... ada la sorang laki ni. Nama dia Ali(nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So... ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita...

Pada suatu hari... si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang... korang
yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok, sambung citer.

Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi... mengamuk la dia...

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa
yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat.!!!!!!!..."

Semua orang menjadi takut... ye la... orang gila kan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang kang... ha... naya.."kepada sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu...
baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang
curik tu pun pulang la balik.

"lek la bang... gurau jek"

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius... muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu budak yang curi selipa dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali... takut la tue... lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya; "kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan wajah yang slamber..Ali pun berkata

"saya balik kaki ayam la tok.."

Badak dan Monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Related Posts with Thumbnails