Siapa kuat

Suatu hari ni seoarang pemuda telah memasuki kat sebuah pub. Seperti biasa Pemuda ini menghabiskan masanya dengan berkaraoke ngan kengkawannya. Pemuda ini mempunyai badan yang sangat gagah dan kuat. Nak dijadikan cerita, pemuda ini begitu marah dengan sorang mamat yang suaranya sangatlah tidak menusuk jiwa

Pemuda : Weiii Biar aku yang nanyi suara awak macam ayam mati lahhh ,....

Pemuda ni trus merampas mike kat tangan mamat tu ,.. Memandangkan pemuda ni sudah mabuk jadi pemuda ni cakap jak sesuka hatinya kat pentas ,...

Pemuda : Heiiii siapa yang lebih kuat dan lebih gagah dari aku silakan berdiri dan tampilkan diri kehadapan. Ahhh siapa ??? Siapa ???

Kata pemuda tersebut dengan egonya

Pemuda : Huh lihatlah aku yang gagah dan kuat ini ,... hahhahahahah jadi kalau ada sesapa yang perasan dirinya gagah dan kuat dari aku ,.. sila tampil kan diri ,.. cepat ~!!!!

Tiba-tiba berdirilah seorang lelaki yang sangat perkasa macam the hulk fuiyooooooo ,.... apa lagi kecut jugalah perut pemuda tu ,...

Pemuda : Hehehe sebenarnya aku nak bagitau yang awak
( ditujukan pada pemuda yang macam hulk tu ) nombor satu ,.. saya nombor dua ,... ( sambil ketawa sinis,...)

Nak cover lah konon tu ekekekekek

Bini oh bini

Sepasang suami isteri sedang memandu kenderaan yang baru dibeli.Apabila melalui jalan kampong, terpancul dailog berikut:

isteri : Abang memang tak sayangkan saya.

suami : Mengapa pula?!!!!!

isteri : Tengoklah. Abang pandu kereta ini cermat dan berjaga-jaga sahaja. Jumpa becak dan lubang, abang slow dan mengelak. Tetapi dengan saya, abang kasar-kasarkan saja. Segala lubang abang terjun dan hentam!!!!

suami : (tersenyum) kua kua kua !!!

Bos oh Bos

Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Temuduga

Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Telefon

Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge".

Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye pon kene telefon doktor!"

Related Posts with Thumbnails