Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah  komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk  menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah  taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia  pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula,  seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis  pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak  e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara  dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut  pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya  dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di  dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16  May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu  Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah  menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar  e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang  telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang  lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari  esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke  sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika  ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan