Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak  seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya  mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu  memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu.  Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai  kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya  sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami  dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya  hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni.  Ketika saya menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin  nak join makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah  tentulah saya tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami  berebut2 tarik menarik bangkai tersebut sehingga bertaburan  sayur-sayurnya. Sehinggalah satu ketika ada sesuatu melintasi di  belakang kami. Ya! benda itu ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami  dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang enak dan menyelarakan.  "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan  badan dan awet muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang.  Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya  makan bangkai. 
Sekian, Terima Kasih  
Kenang Daku Dalam Doamu,  
BIAWAK bin MENGKARUNG PAKISTAN