Memaparkan catatan dengan label Cerita Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Seram. Papar semua catatan

FAKTA YG MENGEJUTKAN!! Harus semua ambil iktibar...

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... " Tahniah kerana minat membaca.

Drakula

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam

gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP

DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu

lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan

sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya

kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

Bas Tanpa Pemandu

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong.

Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu.

Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri.

Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam!

Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2? "Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

Related Posts with Thumbnails