Kelucuan Cerita Lawak Dan Gambar Lawak Membuatkan Kita Ketawa.
Sepasang suami isteri sedang memandu kenderaan yang baru dibeli.Apabila  melalui jalan kampong, terpancul dailog berikut:
isteri : Abang memang tak sayangkan saya.
suami : Mengapa pula?!!!!!
isteri : Tengoklah. Abang pandu kereta ini cermat dan berjaga-jaga  sahaja. Jumpa becak dan lubang, abang slow dan mengelak. Tetapi dengan  saya, abang kasar-kasarkan saja. Segala lubang abang terjun dan  hentam!!!!
suami : (tersenyum) kua kua kua !!!
Sewaktu Mamat dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL dari JB  melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.  Sewaktu berehat, maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian  agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak
nak ke mana?". Mamat  menjawab ringkas, "KL." Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik  tumpang sampai ke Pagoh?" dan dijawab oleh Mamat "Ehm...bolehlah."  Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati  Mamat berkata, 'Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???' Beliau  meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua  tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Mamat tersentak dan berkata dalam  hati, 'Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni  nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?' Mamat pun jawab, "Tak  apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri  pulak." Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Mamat berkata mungkin  jawapannya adalah yang terbaik. Takut-takut itu hanya ujian daripada  orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya  tak?" Mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih  senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu  minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya  cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan  pakcik. Terima kasih, ya nak." Lalu orang tua tu turun dari kereta.
Mamat  yang tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik." lalu  meneruskan perjalanannya.
HER DIARY 
I asked him what was wrong - he said,  "Nothing."
I asked him if it was my fault that he was upset.
He  said it had nothing to do with me and not to worry.
On the way home I  told him that I loved him,
he simply smile and kept driving.
I  can't explain his behaviour;
I don't know why he didn't say,
"I  love you, too."
When we got home I felt as if I had lost him,
as  if he wanted nothing to do with me anymore.
He just sat there and  watched TV.
He seemed distant and absent.
Finally I decided to go  to bed.
About 10 minutes later he came to bed.
I decided that I  could not take it anymore,
so I decided to confront him with the  situation
but he had fallen asleep.
I started crying and cried  untill I too fell asleep.
I don't know what to do.
I'm almost sure  that his thoughts are with someone else.
My life is a disaster.
(WOMEN  - 19 lines)
HIS DIARY 
Today Arsenal  lost to Manchester United.
DAMN IT!!!!!&U^$%%^#$#&^*  !!!!!!!!
( MEN - 2 lines)
Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia  check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya  menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan  itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke  sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda,  aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku  bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik  yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada  kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
Dengan  wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"
Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak  andam.Malangnya,kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik  perempuannya ada sepasang kasut dan Meminjamkan kasut itu  kepadanya.Macammana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk  dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka  terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut.Sepanjang majlis  itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia
masih dapat  mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.
Sebaik tamat majlis  bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur.  Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah  menanggalkan kasut milik adiknya itu.Kakinya pedih tak tertahan. Ketika  itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur  mereka.Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan  mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba  terdengar pengantin lelaki berkata, Osshh! Ketatnya! Keluarga kedua  belah pihak tersenyum mendengar kata-kata pengantin lelaki.Ibu pengantin  perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan  saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi..... Tak berapa  lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan.  Pengantin lelaki berkata, Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit  sikit je sayang. Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar  pengantin lelaki berkata, Mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa  mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan  ye. eluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan..........
ahak..ahak...ahak......
moral:  kena ler...standby...kasut kahwin 2 ker..3 ker..... Tak ler kalut macam  kejadian di atas....
Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama  Ana.. yang juga merupakan isteri orang..
Ana : "Abang Mie... Jom  la datang rumah... saya rindu la.. lagipun
suami saya pergi keluar  negara tadi.."
Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau...  nanti pandai la abang
tipu isteri abang tu.."
Ana : "Oh ya..  sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu
ye..abang  tahu kan saya suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak... yang  ni susah sikit.. isteri abang suka abang
simpan misai ni nanti dia  marah plak"
Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?" 
Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal.. apa saja saya  sanggup"
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk  kepejabat dia telah
memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat  malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan dipejabatnya.. Helmi telah  mencukur misainya
sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi  balik kerumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin  baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba
isterinya tersedar lalu  meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam
kegelapan...dan  berkata...
"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi  suami saya akan
pulang..!!"
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai  CEO disebuah syarikat yang besar di KL...
Pada suatu hari tu... Boss  ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya  pun masukla...
Tolong buatkan saya surat untuk kita punya  client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya...  biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun  bangun... dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk  dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun  habis... si seketeri pun mula bersuara...
Seketeri : Boss...  pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu  garage boss terbuka...
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye  ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...
Si  seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia  tanya wife dia...
Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah  kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi  saya tengok... mana
ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka...  cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya  tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka  macam mana orang boleh nampak?????
Bini : Okay la... okay la...
Setelah  setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia  perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia
tak  suka pakai underware... ) maka nampaklah...
mengelabahlah si Boss ni  memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang  yang sama juga...
Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak  garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Seketeri  : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya  pancit!!!!!...
woakakaakakakaakakakkak.....
Moral:  Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa
berunderware.
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira  wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan  tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara  gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun  membonceng motornya.
Didakapnya Seman dari belakang sambil  berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam  ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman  yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang  terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani  yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak  bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan  segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi  keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi  sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan  rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat...  mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata  Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan  pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak  ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak,  semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol  tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu  bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di  dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa  membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat  sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan  seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah  seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke  rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya  menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu  kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani  duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak  payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la  sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman  terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah  Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman  melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman  mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman  yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh  Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya  tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."
Suara  seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup  jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke  kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan  keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun  keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe  takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat  s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman  tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila  dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil  bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
Sayup  tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila  dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.
SUATU hari Pace Yaklep tanya dia pun cucu sedang nonton berita di  televisi.
Yaklep : "Cucu ko lagi nonton apa ka..?"
Cucu : "Berita Tete...!"
Yaklep : "Berita apa..?"
Cucu : "Berita minyak..?"
Yaklep : "Minyak apa..?"
Cucu : "Minyak naik turun."
Yaklep : "Memang ada minyak naik – turun. Sebab Yaklep tau yang ada  cum itu minyak goreng, minyak tanah! ko ini malah ada minyak naik -  turun?"
Cucu : "Ya iyalah Tete, minyak naik itu, minyak tanah yang diangkat oleh  atlet bina raga, pas waktu dia latihan beban, minyaknya dinaikkan dan  diturunkan."
Yako : "Yaklep, kapan ko mau kawin saya ka, sa su malu ini deng  orang-orang, kita su lama baku bawa baru kita kawin bulan Oktober suda  e...!!.
Yaklep : "Oh ... belum bisa! Soalnya, bulan Oktober sa ada banyak urusan  dikantor "
Yako: "Kalo bagitu November suda..."
Yaklep : "Adoh... apalagi November sa mo ada pelantikan kenaikan  pangkat"
Yako: "Oh kalo bagitu Desember suda e... supaya rame"
Yaklep: "Desember terlalu rame karna hari Natal, sabar suda... nanti  January tahun depan suda bisa to"
Yako: "Oh... jangan January bahaya... bulan itu ko sudah geger otak..."
Yaklep: "ko tau dari mana... ko macam tukang ramal saja...?"
Yako: " saya memang bukan tukang ramal ... tetapi kalau suda bulan  Januari, ko pu kepala su pica sa pukul dengan botol..."
Suatu saat di tempat sirkus dikejutkan dengan terbukanya kandang  singa.\
Pemimpin sirkus : “Hei, mengapa kamu lupa menutup kandang singa sehabis
pertunjukkan tadi malam”?
Mick : “Sebetulnya nggak perlu terlalu dipermasalahkan Pak.
Siapa jugaaakk.. yang mau nyuri singa….”
Seorang laki-laki muda tampak  kebingungan di tengah
sebuah pameran. Beberapa kali ia mondar-mandir  dan
celingukan tak ditemui apa yang dicari. Melihat
kebingungan lelaki ini, satpam pun menghampiri dan
menanyakan apa yang  dicari.
Lelaki : ” Saya mencari istri Saya yang tadi  bersama
Saya terus hilang di tengah pameran ini, Pak. ”
Satpam : ” Ciri-cirinya gimana, biar Saya bantu cari ?”
Lelaki : ” Terimakasih, kalau Anda bisa bantu Saya
tolong
carikan seorang wanita muda yang cantik untuk
ngobrol
dengan Saya. ”
Satpam : ” Lho kok, bukannya Anda cari istri Anda ?”
Lelaki : ” Iya karena itulah Saya minta  seorang wanita
muda, cantik untuk ngobrol dengan Saya  sebab biasanya
istri Saya akan muncul entah dari mana kalau  melihat saya
dekat wanita cantik”
Satpam : “???!?”
Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah  untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah  perbualan ini:-
PELAYAN  :    nak minum apa encik?
MAT            :  bagi saya milo ais satu.
A CHONG  :   Saya mau minum itu sirap limau....
PELAYAN  :  ok.....makan cik?
Mat            :  Saya nak nasi  goreng satu...telur mata kerbau satu..
AH Chong  :  Kasi saya itu "WANTAN MEE"
maka  pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang  semula.....lalu berkata:
PELAYAN   :  mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat  dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab  dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak  makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN"    mee tak cukup la cik........
MAT  & AH CHONG  : ???????????????????????
Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.
Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"
"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"
"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."
Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam
Permintaan 2 Badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 Monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"
Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "
Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"
Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.
Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.
Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
"BANK SPERMA DIROMPAK"
Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan nye yang ke-50. Mereka dikurniakan anak seramai 8 org..28 cucu dan 2 cicit.
Ketika menikmati pencuci mulut..si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya…
Suami: Sayang…ada satu hal yang ingin ku tanyakan kepada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa jadi pertanyaan ini tidak pernah ku lontarkan…Tapi malam ini malam istimewa ..jadi ada baik nya aku tanyakan sekarang….
Isteri: Ape sayang…tanya sahaja..mengapa tidak selesa?
Suami: Begini ..anak kita yang no-4 tidak mirip dengan adik beradik yang lain..Adakah Ayah nya berbeza?
Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu…lalu perlahan menundukkan kepala tidak sanggup melihat suaminya itu..Dengan perlahan si isteri menjawab..
Isteri: Ya….Ayah nya berbeza..
Hening seketika…mata si suami sudah bergenang dengan air mata..tapi di tahan sebak di dada…lalu dia pun berkata perlahan…
Suami:Erm…ohh..begitu….Kalau begitu..boleh kah aku tahu siapakah Ayahnya….???
Hening lagi suasana…Si isteri lama mendiamkan diri lalu di tabah kan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.
Isteri: Ayah nya…ialah….Kamu..
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:……..patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala….kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala…kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah…..
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit…30 minit…1 jam…berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je…..Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek’eleh….Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang  disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan  cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali  berlaku antara mereka laki bini.
Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg  berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai  seorang pegawai yg ditugaskan untuk menolong keluarga miskin
seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi  loceng kecik.
"Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini.  Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan  mendapat wang tunai 1 juta dollar" jelas Tajudin.
"Ah?????? dapat duit 1 juta???....klakkar ke apa? Ko ingat kita nie  bebudak ye?" Majid bersuara.
"Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan  saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit  itu....tapi....di saat awak bunyikkan loceng itu, seseorang yg awak  tidak kenali akan mati" sambung Tajudin lalu beredar dari situ.
Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia  orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si  Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikkan loceng didlm kotak itu.
"Awak nie kan.....percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?"
"Lah abg nie....cuba sajalah, mana tahu apa yg dicakapkan tu benar,  kita akan kaya bang" balas Salmah.
"Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini....abih nanti ada org yg  akan mati tau...tak ker kita nie jadi pembunuh?"
"Alah abg nieee, hari hari ada org matilah...lagi pun kan encik  Tajudin tu cakap org yg akan mati ialah seseorang yg kita tidak  kenali......alahhhh bunyikan je lah"
Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu.  Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper  aper yg berlaku.
"Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu  je...sudahlah....buat buang masa aku je..." keluh Majid sambil  mencampakkan kotak itu ke tepi.
Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.
"Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri  awak wang tunai 1 juta dollar ini" sambil memberi beg berisi wang kepada  Majid dan Salmah.
Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yg mereka benar-benar  mendapat wang 1 juta dollar itu. bukan main hepi lagi dia orang nie.
"Boleh saya ambil semula kotak yg saya berikan semalam?" Tajudin  bersuara.
"Oh boleh-boleh heheh" balas Majid sambil memberi kotak berisi  loceng itu, "Betul kee ada org yg mati bila kami bunyikan loceng ini?"
"Ya betul, org tu dah pun mati......tapi jgn bimbang org yg mati itu  adalah seorang yg TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin
"Apa yg anda ingin buat dgn kotak ini?" tanya Majid lagi.
"Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi  keluarga yg susah dan saya akan berikan syarat yg sama juga seperti saya  berikan pada anda." jawab Tajudin.
"Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yg encik Tajudin  ingin berikan?" tanya Salmah
"Oh jgn bimbang. saya akan berikan pada seseorang YG TIDAK ANDA  KENALI" jawab Tajudin lalu beredar dari situ.
Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala  Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau  Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.  Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan  pembeli sampai dia datang.
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah  durian di tepi lebuhraya.
Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal  durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.
Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan  harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.
Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju  dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua  durian yg dijual kedalam traknya.
Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu  pembeli tersebut,
Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en.  durian2 ini."
Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya...  saya bayarlah kesemuanya!"
Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya  nak jual?"
Pembeli : "???"
Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa  bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan  dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf  dari boss nya....:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check  the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan,  selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta  dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu  tersebut:
Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not  wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't  play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah  saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main...  Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja,  si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body  taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan  saya rasanya macam masuk angin)
Korang tau tak.. telinga lipas terletak di kaki... tak percaya?
Cuba hang tangkap seekor lipas letak atas meja... cuba  jerit..lari!!! mesti lipas tu lari... kan...
haaa cuba tangkap balik lipas tu...potong kaki dia dan letak balik  atas meja....hangpa jerit la kuat-kuat... lari!! lari!!... tengok lipas  tu larike tak???
Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.
Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan  mengtahui masa dia akan meninggal dunia
Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?
Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...
Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal  dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan  sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara  pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal  dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah  tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara  pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal  seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor  itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera  menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan  lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki  itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si  doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya  nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu  sungul...
"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam  
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu  hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya  ahli
sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP  
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu  
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap  dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan  
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula  terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya  
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee... 
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka  pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.  Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu,  Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"  
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!"  Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.  
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A  ramah.  
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?  Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas  Hantu B.  
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.  Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.  
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."  
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one  day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi  actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang  aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab  nak carik mase sesuai tangkap diorang."  
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,  mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku.  Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari  sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi  takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh,  aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati  lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.   
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa  ketika, Hantu B berkata,  
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat  situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.