Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. "Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya. "RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan. "salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang. "mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1 "Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar "Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; "kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"
0 ulasan:
Catat Ulasan