Temuduga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
 cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang
 yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga 
orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.

Calon
 pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
 telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
 jawapan itu, Johan mengusirnya
 keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
 bekerja di bank
 hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
 tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
 calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan 
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
 dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir
 adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
 telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
 bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
 tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
 hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
 gelihatinya lalu ketawa besar hingga
 jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai 
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails